S A Y A M A K C I K B A R U B E L A J A R

Monday, May 28, 2012

Rania of Melbourne

Setibanya di lapangan terbang antarabangsa Melbourne (Jumaat, 25 Mei), kami sekeluarga dijemput oleh kenalan dari Facebook, En. Nazri dan En. Hadi. Mereka ialah ahli South Eastern Family iaitu warga Malaysia yg belajar atau pasangan pelajar Malaysia di sini. Suhu sejuk 9 darjah Celcius disertai hujan menyambut ketibaan kami pada hari pertama kami di bumi kanggaru ini. Kami di bawa ke rumah Ustaz Rosmizi (dan isteri- Sharifah). Di rumah merekalah kami menginap sementara berjaya mendapatkan rumah sewa.

Ustaz dan Sharifah mempunyai 3 orang cahaya mata- Rania (5), Aisar (3) dan Baby Aasif (6 bulan). Bersyukurnya ditemukan dengan komuniti Melayu Malaysia. Semuanya perancangan Allah. Segala kerisauan sewaktu di Kuantan hilang. Kejutan suhu yang amat sejuk pun diatasi dgn kehangatan ukhuwah yang baru terjalin.

Pada hari ke-3 (Ahad, 27 Mei), kami berkenalan beberapa keluarga SE (Kak Asreene, Kak Anilawati + En. Nazri, Kak Norzila + En. Mat, Kak Azlina +  En. Iwan). Setengah hari bertaaruf, bermacam cadangan dari kaum ibu untuk saya sebagai memanfaatkan masa di Melbourne ini. Antaranya menjadi guru seni untuk anak mereka.. Tak pernah pula terlintas di fikiran saya malah saya fikir saya yang perlu berguru sebenarnya :)

Pertemuan yg penuh kemesraan ini diharapkan berkekalan dan mengubati rindu kami dengan keluarga dan sahabat-sahabat di Malaysia yang jauh di mata...
Belakang rumah Ustaz Mizi (lebih kurang waktu Asar)

Snacking in the kitchen

Rania dalam pelat 'engwish': "dwor mee horse. i wike horses". "Ok let aunty draw you the pony".

"Rania & Little Pony". Comel tak Rania warna... :)

Iman dan Rania. Gembiranya..

Saturday, May 26, 2012

greetings from aussie ;P

Lama tak update blog kerana dilanda 'kerisauan' terhadap kelulusan visa. Sejak bulan Februari kami sekeluarga menantikan tarikh visa untuk penghijrahan sementara ke Australia. Suami saya akan mengikuti kursus sub-kepakaran di Monash Medical Centre (MMC), Clayton. Alhamdulillah, 2 minggu yg lalu, beliau telah dihubungi oleh MMC dan diberitahu tentang disegerakan urusan visa supaya sempat bertemu dgn supervisor.

Kami berangkat dari Kuantan ke Melbourne pada 25hb Mei 2012 dan selamat tiba pagi 26hb Mei 2012. Hadiah ulangtahun perkahwinan ke-10. Meraikannya bersama 4 orang anak-anak di perantauan.


17 Mei 2012 - majlis pra-perpisahan

Biar gambar yang menceritakan segalanya..
Di saat jiwa sedang hangat dan penuh dengan idea 'artwork', kami harus segera berpindah keluar dari Kuantan. Selamat tinggal Tinta Artclass, Puan Tuti dan kawan-kawan..

Kak Wawa.... Giliran Kak Wawa pula ditinggalkan.


Adik MNI pun sudah meninggalkan kelas :-( Namun kelas ini pasti akan masih berseri walaupun tanpa kami

Bunga Lawang Azura

Syafiq

Rak alatan melukis...

Biri-biri yang tak sempat saya lihat bingkainya.. (bukan bangkai). Ini hasil kerja yang ke-3 dan  yang terakhir.. Cikgu, saya ingin kembali ke kelas tahun depan 2013

Saturday, April 14, 2012

Tinta Artclass- tusyen seni

Pelajar (calon SPM) yg mengikuti kelas seni Puan Tuti di Tinta setakat ini semuanya mendapat A dan A+ untuk kertas Seni. Puan Tuti akan membantu mereka dalam menyiapkan portfolio seni SPM. Kalaulah tahun 1996 dulu ada tempat sebegini di KB (dan guru sebaik Puan Tuti!), sudah tentu saya akan ambil kertas seni SPM dan mendapat A1 :)

Tidak pernah saya merasa terlewat untuk belajar. Banyak ilmu yg didapati di sini. Ketika Puan Tuti mengajar adik-adik yg lain, saya akan memasang telinga dan merakam teknik-teknik yg diajarkan. Selain calon SPM, ada juga adik-adik lepasan SPM yg ingin mengumpul folio seni untuk kemasukan ke IPT di bidang grafik dan seni. Puan Tuti begitu komited dalam membantu mereka. Saya harap adik-adik ini akan sentiasa menghargai guru seni Puan Tuti bila dah berjaya nanti!

Bersyukurnya makcik... Alhamdulillah

Thursday, April 12, 2012

Teddy dan 'mounting board' polkadot

Saya memilih riben polkadot sebagai penyeri 'mounting board' artwork ini

Sebelum ditampal pada mounting board, lukisan mestilah disudahkan dgn  'fixing spray' ni. Ianya adalah kemasan yang  memelihara cat serta memberikan kesan berkilat. Warna kelihatan lebih bermaya.

Lakukan kerja ini di pengudaraan terbuka 

Riben ditampalkan menggunakan gam PVC  PVA. Inilah hasilnya.
Apakah itu 'mounting board'?

Sejenis kertas keras dengan ketebalan 2mm. Di dalam artwork ini, ianya digunakan sebagai pelekap. Oleh itu apabila dibingkaikan, artwork akan lebih kemas dan lebih cantik.

Tuesday, April 10, 2012

happy 36th anniversary Ayah ♥ Ibu

Biasanya mudah lupa akan tarikh ulangtahun perkahwinan berbanding hari lahir. 10 April adalah tarikh ulangtahun perkahwinan kedua ibubapa saya. Hari ini juga hari jadi ibu mertuaku. Ini sahaja yg mampu dihasilkan menggunakan apa yg ada di rumah :)

semasa mencari ilham

setakat ini sahaja ilhamnya kerana kesuntukan masa
Keempat-empat cap tapak tangan ini adalah milik buah hati saya. Lukisan ini bermaksud mereka lahir bersama kasih sayang nenek dan datuk mereka serta ahli keluarga yg lain :)

Thursday, April 5, 2012

Goodbye Teddy ♥

Teddy yg ditinggalkan
Sudah siap warna cuma belum 'mounting' lagi :)
Agak-agak ada tak orang nak beli sekiranya saya dah bingkaikan dgn warna 'baby blue'..?