Wednesday, August 8, 2012

Sudah hampir ke penghujung musim sejuk dan Ramadhan 1433

Lama betul tidak mengemaskini blog. Sibuknya 'winter' dgn aktiviti memasak ;) 

"Ratatouille"

'Artwork' anak-anak semakin bertambah, cuma belum ada peralatan utk memuat naik karya-karya tersebut. Iman makin mahir melukis. Orang lidi Iman dah pun 'upgrade' dgn berpakaian.. Lukisan manga Hanan pun semakin kemas. Hasif dgn kereta. Sekarang nampaknya sudah berjinak-jinak dgn pandangan 3-D. Iyaas pula berjinak-jinak dgn pensel dan kertas ketika yg lain sibuk melukis.. Kebanyakan masanya Iyaas lebih suka melayan 'Angry Birds'!

Macamana lagi nak 'update' blog ini. Mungkin sekali sekala boleh saya letakkan gambar hasil seni masakan..?

salam Ramadhan Kareem, semoga kita semua berpeluang menggandakan amal ibadat pada 10 malam terakhir. 

Wednesday, June 13, 2012

antara kertas dan makanan

Dilema di musim sejuk begini ialah kelaparan. Dilema 'bercuti yang panjang dari bersekolah' seperti anak-anak di rumah ini ialah kebosanan. Buat masa ini, keutamaan sewaktu berbelanja ialah makanan. Bekalan bahan dan alatan melukis pula tak banyak yang di bawa dari Malaysia. Oleh itu, apa sahaja kertas yang kosong, dikira 'kanvas' untuk anak-anak. Kotak bijirin, kertas bungkusan, buat masa ini tidak dibuang sesuka hati. Bertahanlah sementara masuk sekolah. Iman Husna terutamanya, sudah tidak sabar-sabar hendak ke sekolah. Keutamaan untuk Mama pula ialah masak dan memasak. Mereka perlukan aktiviti bersama-sama! Harap mereka akan dapat ke sekolah dalam masa beberapa hari lagi. Ya Allah, permudahkanlah..

Friday, June 8, 2012

44 Glenbrook Ave, Clayton

"Home Sweet Home"

Hanan sedang melukis helaian daun maple terakhir dari laman rumah

Hasil lukisan Nurhanan Safiya

Rindu MyVi Malaysia.. Oleh Hasif

Rindu pada sekolah??.. Musykil Mama..

Alhamdulillah, akhirnya kami selamat berpindah masuk ke rumah baru yang agak lama di Clayton, pada 2 Jun 2012. Lantainya kayu menjadikan rumah sewa ini agak sejuk di musim dingin ini. Kebetulan pula terdapat masalah dengan alat pemanas. Kesejukanlah kami di malam pertama di sini. Sehinggalah tadi seorang juruteknik datang untuk memeriksa pemanas itu. Alhamdulillah.. Walaupun cuma satu 'heater' yang pulih,  InsyaAllah malam nanti dapatlah tidur nyenyak dan bangun pagi tanpa rasa lenguh-lenguh sendi yang membeku...

Yang bersekolah masih bercuti.. Kebosanan di siang hari yang pendek kadangkala diisi dengan melukis tanpa warna.  Hanan dan Hasif masih belum begitu seronok lagi dengan mewarna. Saya masih lagi mencari-cari masa untuk mewarna bersama mereka...


Suhu sekarang: ~11°.. hujan rintik (drizzle)
Sejuk=Lapar=Makan=Selimut=Tidur=Hibernasi=Lemak... :)

Tuesday, May 29, 2012

Rania of Melbourne

Setibanya di lapangan terbang antarabangsa Melbourne (Jumaat, 25 Mei), kami sekeluarga dijemput oleh kenalan dari Facebook, En. Nazri dan En. Hadi. Mereka ialah ahli South Eastern Family iaitu warga Malaysia yg belajar atau pasangan pelajar Malaysia di sini. Suhu sejuk 9 darjah Celcius disertai hujan menyambut ketibaan kami pada hari pertama kami di bumi kanggaru ini. Kami di bawa ke rumah Ustaz Rosmizi (dan isteri- Sharifah). Di rumah merekalah kami menginap sementara berjaya mendapatkan rumah sewa.

Ustaz dan Sharifah mempunyai 3 orang cahaya mata- Rania (5), Aisar (3) dan Baby Aasif (6 bulan). Bersyukurnya ditemukan dengan komuniti Melayu Malaysia. Semuanya perancangan Allah. Segala kerisauan sewaktu di Kuantan hilang. Kejutan suhu yang amat sejuk pun diatasi dgn kehangatan ukhuwah yang baru terjalin.

Pada hari ke-3 (Ahad, 27 Mei), kami berkenalan beberapa keluarga SE (Kak Asreene, Kak Anilawati + En. Nazri, Kak Norzila + En. Mat, Kak Azlina +  En. Iwan). Setengah hari bertaaruf, bermacam cadangan dari kaum ibu untuk saya sebagai memanfaatkan masa di Melbourne ini. Antaranya menjadi guru seni untuk anak mereka.. Tak pernah pula terlintas di fikiran saya malah saya fikir saya yang perlu berguru sebenarnya :)

Pertemuan yg penuh kemesraan ini diharapkan berkekalan dan mengubati rindu kami dengan keluarga dan sahabat-sahabat di Malaysia yang jauh di mata...
Belakang rumah Ustaz Mizi (lebih kurang waktu Asar)

Snacking in the kitchen

Rania dalam pelat 'engwish': "dwor mee horse. i wike horses". "Ok let aunty draw you the pony".

"Rania & Little Pony". Comel tak Rania warna... :)

Iman dan Rania. Gembiranya..

Sunday, May 27, 2012

greetings from aussie ;P

Lama tak update blog kerana dilanda 'kerisauan' terhadap kelulusan visa. Sejak bulan Februari kami sekeluarga menantikan tarikh visa untuk penghijrahan sementara ke Australia. Suami saya akan mengikuti kursus sub-kepakaran di Monash Medical Centre (MMC), Clayton. Alhamdulillah, 2 minggu yg lalu, beliau telah dihubungi oleh MMC dan diberitahu tentang disegerakan urusan visa supaya sempat bertemu dgn supervisor.

Kami berangkat dari Kuantan ke Melbourne pada 25hb Mei 2012 dan selamat tiba pagi 26hb Mei 2012. Hadiah ulangtahun perkahwinan ke-10. Meraikannya bersama 4 orang anak-anak di perantauan.


Saturday, May 26, 2012

17 Mei 2012 - majlis pra-perpisahan

Biar gambar yang menceritakan segalanya..
Di saat jiwa sedang hangat dan penuh dengan idea 'artwork', kami harus segera berpindah keluar dari Kuantan. Selamat tinggal Tinta Artclass, Puan Tuti dan kawan-kawan..

Kak Wawa.... Giliran Kak Wawa pula ditinggalkan.


Adik MNI pun sudah meninggalkan kelas :-( Namun kelas ini pasti akan masih berseri walaupun tanpa kami

Bunga Lawang Azura

Syafiq

Rak alatan melukis...

Biri-biri yang tak sempat saya lihat bingkainya.. (bukan bangkai). Ini hasil kerja yang ke-3 dan  yang terakhir.. Cikgu, saya ingin kembali ke kelas tahun depan 2013

Saturday, April 14, 2012

Tinta Artclass- tusyen seni

Pelajar (calon SPM) yg mengikuti kelas seni Puan Tuti di Tinta setakat ini semuanya mendapat A dan A+ untuk kertas Seni. Puan Tuti akan membantu mereka dalam menyiapkan portfolio seni SPM. Kalaulah tahun 1996 dulu ada tempat sebegini di KB (dan guru sebaik Puan Tuti!), sudah tentu saya akan ambil kertas seni SPM dan mendapat A1 :)

Tidak pernah saya merasa terlewat untuk belajar. Banyak ilmu yg didapati di sini. Ketika Puan Tuti mengajar adik-adik yg lain, saya akan memasang telinga dan merakam teknik-teknik yg diajarkan. Selain calon SPM, ada juga adik-adik lepasan SPM yg ingin mengumpul folio seni untuk kemasukan ke IPT di bidang grafik dan seni. Puan Tuti begitu komited dalam membantu mereka. Saya harap adik-adik ini akan sentiasa menghargai guru seni Puan Tuti bila dah berjaya nanti!

Bersyukurnya makcik... Alhamdulillah