Monday, August 15, 2011

maher zain (versi MS Paint)

21/12/2010
walaupun mungkin salah illustrasi Maher Zain ini, saya tetap sgt chenta dgnnya.
InsyaAllah. Alhamdulillah. Allahu akbar :)
p/s: konon aje watermark tu. saja cuba-cuba.

melukis menggunakan 'mouse'

seperti yg tertera pd gambar dari album Facebook ni, lebih kurang 8 bulan lepas (yakni penghujung 2010), tetikus (mouse) saya menjadi pelukis. kanvasnya cuma MS Paint. kemudian saya kembali sibuk dan mouse saya sudah sangat jarang melukis. namun, bermula sejak 8 bulan lepas inilah, saya berfikir panjang.. untuk belajar melukis dgn lebih serius tapi tidaklah fulltime. hehe.

baru ada 1 follower

macammana nak ada follower banyak kalau sepanjang hujung minggu jari jemari tak dipanaskan enjinnya..?

Saturday, August 13, 2011

maktio zawawi

lukisan pertama yg di upload masuk ke galeri ini :)
apa lagi cerita tetang lukisan ini ye..? hmm.. lukisan karikatur ni cuma sebahagian latihan saya. empunya diri sangat suka. saya harap satu hari nanti bila lebih yakin, kak zaza akan lukis semula ye karikatur ati (maktio zawawi)..

Thursday, August 11, 2011

imported entries

blog ini secara jujurnya dibuka pada 12 Ogos 2011. namun lukisan-lukisan ini bermula pada penghujung Mei 2011 dan sebahagiannya telah saya letakkan di blog saya yg pertama. oleh yg demikian, entri-entri yg bertarikh sebelum tarikh ini merupakan catatan dari blog tersebut..

Monday, August 1, 2011

doodle trading

baru-baru ni (sebelum bermula puasa) sifu ET telah mencadangkan pd saya utk bertukar-tukar 'doodle'. doodle tu apa? mengikut tafsiran saya doodle bermaksud: conteng./ lukisan/ sketch.. pada mulanya saya tak begitu faham kenapa pula.. apa tujuannya.. lama saya fikir kenapa nak bertukar-tukar... kemudian baru saya dapat jawapannya.. rupanya, dgn cara ni antaranya kita dpt memperkenalkan rakan pelukis yg lain disamping menghiburkan hati masing-masing dan sesiapa saja. hehe.

jadi menggunakan Paint.Ink (serta mouse) saya pun lukislah bersempena tgh malamnya kena kejutkan anak-anak bersahur.. inilah bayangan saya...

komen sifu ET di facebook beliau: Yes!! The 1st DT (Doodle Trade) received from Zatur Rawihah Kz. This is so simple YET so adorable and fun looking characters. I love it. Thanks Zaa.


sebagai balasan ET:  From me to Zatur Rawihah KzA 'sleepy' doodle too. hahahaa

silalah ke blog sifu ET utk lihat komen di blognya :) karya-karya sifu ET mmg terbaik. pelukis berkategori ibu-ibu seni kreatif!

my sketch on 16.7.2011



Dlm blog Emila Yusof ada ruangan 'Sketching Time' untuk berkongsi sketches dgn Emila Yusof. Jadi, kat sini saya nak berkongsi lukisan 'pengantin baru', sepupu saya Jek dan Dr. Asiah.  Cuma menggunakan pensel 2B.
foto dari Facebook
masih banyak perlu berlatih. saya amatur yg baru bermula  :)