Lama tak update blog kerana dilanda 'kerisauan' terhadap kelulusan visa. Sejak bulan Februari kami sekeluarga menantikan tarikh visa untuk penghijrahan sementara ke Australia. Suami saya akan mengikuti kursus sub-kepakaran di Monash Medical Centre (MMC), Clayton. Alhamdulillah, 2 minggu yg lalu, beliau telah dihubungi oleh MMC dan diberitahu tentang disegerakan urusan visa supaya sempat bertemu dgn supervisor.
Kami berangkat dari Kuantan ke Melbourne pada 25hb Mei 2012 dan selamat tiba pagi 26hb Mei 2012. Hadiah ulangtahun perkahwinan ke-10. Meraikannya bersama 4 orang anak-anak di perantauan.
Sunday, May 27, 2012
Saturday, May 26, 2012
17 Mei 2012 - majlis pra-perpisahan
Biar gambar yang menceritakan segalanya..
Di saat jiwa sedang hangat dan penuh dengan idea 'artwork', kami harus segera berpindah keluar dari Kuantan. Selamat tinggal Tinta Artclass, Puan Tuti dan kawan-kawan..
![]() |
| Kak Wawa.... Giliran Kak Wawa pula ditinggalkan. |
![]() |
| Adik MNI pun sudah meninggalkan kelas :-( Namun kelas ini pasti akan masih berseri walaupun tanpa kami |
![]() |
| Bunga Lawang Azura |
![]() |
| Syafiq |
![]() |
| Rak alatan melukis... |
![]() |
| Biri-biri yang tak sempat saya lihat bingkainya.. (bukan bangkai). Ini hasil kerja yang ke-3 dan yang terakhir.. Cikgu, saya ingin kembali ke kelas tahun depan 2013 |
Saturday, April 14, 2012
Tinta Artclass- tusyen seni
Pelajar (calon SPM) yg mengikuti kelas seni Puan Tuti di Tinta setakat ini semuanya mendapat A dan A+ untuk kertas Seni. Puan Tuti akan membantu mereka dalam menyiapkan portfolio seni SPM. Kalaulah tahun 1996 dulu ada tempat sebegini di KB (dan guru sebaik Puan Tuti!), sudah tentu saya akan ambil kertas seni SPM dan mendapat A1 :)
Tidak pernah saya merasa terlewat untuk belajar. Banyak ilmu yg didapati di sini. Ketika Puan Tuti mengajar adik-adik yg lain, saya akan memasang telinga dan merakam teknik-teknik yg diajarkan. Selain calon SPM, ada juga adik-adik lepasan SPM yg ingin mengumpul folio seni untuk kemasukan ke IPT di bidang grafik dan seni. Puan Tuti begitu komited dalam membantu mereka. Saya harap adik-adik ini akan sentiasa menghargai guru seni Puan Tuti bila dah berjaya nanti!
Tidak pernah saya merasa terlewat untuk belajar. Banyak ilmu yg didapati di sini. Ketika Puan Tuti mengajar adik-adik yg lain, saya akan memasang telinga dan merakam teknik-teknik yg diajarkan. Selain calon SPM, ada juga adik-adik lepasan SPM yg ingin mengumpul folio seni untuk kemasukan ke IPT di bidang grafik dan seni. Puan Tuti begitu komited dalam membantu mereka. Saya harap adik-adik ini akan sentiasa menghargai guru seni Puan Tuti bila dah berjaya nanti!
Bersyukurnya makcik... Alhamdulillah
Friday, April 13, 2012
Teddy dan 'mounting board' polkadot
![]() |
| Saya memilih riben polkadot sebagai penyeri 'mounting board' artwork ini |
![]() |
| Sebelum ditampal pada mounting board, lukisan mestilah disudahkan dgn 'fixing spray' ni. Ianya adalah kemasan yang memelihara cat serta memberikan kesan berkilat. Warna kelihatan lebih bermaya. |
![]() |
| Lakukan kerja ini di pengudaraan terbuka |
![]() |
| Riben ditampalkan menggunakan gam |
Sejenis kertas keras dengan ketebalan 2mm. Di dalam artwork ini, ianya digunakan sebagai pelekap. Oleh itu apabila dibingkaikan, artwork akan lebih kemas dan lebih cantik.
Wednesday, April 11, 2012
happy 36th anniversary Ayah ♥ Ibu
Biasanya mudah lupa akan tarikh ulangtahun perkahwinan berbanding hari lahir. 10 April adalah tarikh ulangtahun perkahwinan kedua ibubapa saya. Hari ini juga hari jadi ibu mertuaku. Ini sahaja yg mampu dihasilkan menggunakan apa yg ada di rumah :)
Friday, April 6, 2012
Goodbye Teddy ♥
Wednesday, April 4, 2012
Mencari Nur Ilahi
Subscribe to:
Posts (Atom)













