lama betul bercuti dan berehat (dari berconteng)..
jari-jemari sibuk buat kerja-kerja rumah sempena raya sebenarnya.. tuan empunya diri pun baru selesai urusan balik kampung.. :)
salam aidilfitri buat semua....
Sunday, September 4, 2011
Saturday, August 27, 2011
慢慢练习 (slowly practise)
:) seseorang yang baik hati telah meminjamkan beberapa batang warna soft pastel. ini sebenarnya lukisan pertama yg saya warna.. gaya seorang pelukis dilandasan yang betul. InsyaAllah ;D
(illustrasi bertajuk: pensyarah jabatan)
Saturday, August 20, 2011
10 malam terakhir..
![]() |
gambar pertama yg saya anggap berjaya edit warna digital menggunakan photoshop. |
"..doa adalah senjata utama orang-orang yang beriman. Hubungan hamba dengan Pencipta yang diiringi dengan doa yang bersungguh-sungguh ibarat ikatan hati, luahan rasa dan keluhan perasaan daripada insan yang kerdil lagi hina kepada Penciptanya yang Maha Agung. Ia akan mendapat ingatan dan kasih sayang Allah AWT.."
- Prof Muhd Kamil Ibrahim, Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
Berdoalah dalam bahasa yg anda tuturi dan fahami (sekiranya anda faham Bahasa Arab maka ia lebih baik lagi).
"Ya Allah yg Maha Penyayang, perkenankanlah aku utk belajar dan menjadi pandai menggunakan software" :)
Friday, August 19, 2011
by kakak hanan
Dalam rumah ni mmg byk karya anak-anak yg tidak pernah saya kumpul secara sempurna. Sejak berkenalan dgn Kak As Niza di Facebook, rasanya idea utk menyimpan karya-karya 'seni' ni mungkin akan berguna satu masa nanti. Anak-anak beliau sgt kreatif dan bijak.
Semalam, saya terjumpa 2 buah perahu kertas waktu mengemas rumah. Apabila dibuka, rupanya ada lukisan.
Wednesday, August 17, 2011
sticky note dari mama
siri syaitan edisi mama.
ada waktunya, mulut ni dah penat berpesan benda yg sama. jd.. saya fikir, nota sebegini boleh buat mereka ingat.. saya fikir sahaja... hehe
Tuesday, August 16, 2011
manual & digital
penuh pancaroba bila nak edit digital. sebabnya tak reti. ala kadar aje. jd inilah hasilnya. sketch dibuat mlm td.. sambil dikacau iyaas. mata mula layu saat nak buat shadow stroke. dan.. tangan model hilang ke mana? hilang dlm imaginasi.. nak sangat main-main dgn editing photoshop.. tampal sekali dgn gambar model. setakat ni je lah termampu.
![]() |
| mimi, 15/8/11 |
Subscribe to:
Posts (Atom)







