Wednesday, June 13, 2012

antara kertas dan makanan

Dilema di musim sejuk begini ialah kelaparan. Dilema 'bercuti yang panjang dari bersekolah' seperti anak-anak di rumah ini ialah kebosanan. Buat masa ini, keutamaan sewaktu berbelanja ialah makanan. Bekalan bahan dan alatan melukis pula tak banyak yang di bawa dari Malaysia. Oleh itu, apa sahaja kertas yang kosong, dikira 'kanvas' untuk anak-anak. Kotak bijirin, kertas bungkusan, buat masa ini tidak dibuang sesuka hati. Bertahanlah sementara masuk sekolah. Iman Husna terutamanya, sudah tidak sabar-sabar hendak ke sekolah. Keutamaan untuk Mama pula ialah masak dan memasak. Mereka perlukan aktiviti bersama-sama! Harap mereka akan dapat ke sekolah dalam masa beberapa hari lagi. Ya Allah, permudahkanlah..

Friday, June 8, 2012

44 Glenbrook Ave, Clayton

"Home Sweet Home"

Hanan sedang melukis helaian daun maple terakhir dari laman rumah

Hasil lukisan Nurhanan Safiya

Rindu MyVi Malaysia.. Oleh Hasif

Rindu pada sekolah??.. Musykil Mama..

Alhamdulillah, akhirnya kami selamat berpindah masuk ke rumah baru yang agak lama di Clayton, pada 2 Jun 2012. Lantainya kayu menjadikan rumah sewa ini agak sejuk di musim dingin ini. Kebetulan pula terdapat masalah dengan alat pemanas. Kesejukanlah kami di malam pertama di sini. Sehinggalah tadi seorang juruteknik datang untuk memeriksa pemanas itu. Alhamdulillah.. Walaupun cuma satu 'heater' yang pulih,  InsyaAllah malam nanti dapatlah tidur nyenyak dan bangun pagi tanpa rasa lenguh-lenguh sendi yang membeku...

Yang bersekolah masih bercuti.. Kebosanan di siang hari yang pendek kadangkala diisi dengan melukis tanpa warna.  Hanan dan Hasif masih belum begitu seronok lagi dengan mewarna. Saya masih lagi mencari-cari masa untuk mewarna bersama mereka...


Suhu sekarang: ~11°.. hujan rintik (drizzle)
Sejuk=Lapar=Makan=Selimut=Tidur=Hibernasi=Lemak... :)