Saturday, August 27, 2011

慢慢练习 (slowly practise)

:) seseorang yang baik hati telah meminjamkan beberapa batang warna soft pastel.  ini sebenarnya lukisan pertama yg saya warna.. gaya seorang pelukis dilandasan yang betul. InsyaAllah ;D

(illustrasi bertajuk: pensyarah jabatan)

Saturday, August 20, 2011

10 malam terakhir..



gambar pertama yg saya anggap berjaya edit warna digital menggunakan photoshop.
"..doa adalah senjata utama orang-orang yang beriman. Hubungan hamba dengan Pencipta yang diiringi dengan doa yang bersungguh-sungguh ibarat ikatan hati, luahan rasa dan keluhan perasaan daripada insan yang kerdil lagi hina kepada Penciptanya yang Maha Agung. Ia akan mendapat ingatan dan kasih sayang Allah AWT.."
- Prof Muhd Kamil Ibrahim, Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman

Berdoalah dalam bahasa yg anda tuturi dan fahami (sekiranya anda faham Bahasa Arab maka ia lebih baik lagi). 

"Ya Allah yg Maha Penyayang, perkenankanlah aku utk belajar dan menjadi pandai menggunakan software" :)



Friday, August 19, 2011

by kakak hanan

Dalam rumah ni mmg byk karya anak-anak yg tidak pernah saya kumpul secara sempurna. Sejak berkenalan dgn Kak As Niza di Facebook, rasanya idea utk menyimpan karya-karya 'seni' ni mungkin akan berguna satu masa nanti. Anak-anak beliau sgt kreatif dan bijak.

Semalam, saya terjumpa 2 buah perahu kertas waktu mengemas rumah. Apabila dibuka, rupanya ada lukisan.

hanan suka komik. mcm siapalah agaknya..

mama paling suka yg ini..

Wednesday, August 17, 2011

sticky note dari mama


siri syaitan edisi mama. 
ada waktunya, mulut ni dah penat berpesan benda yg sama. jd.. saya fikir, nota sebegini boleh buat mereka ingat.. saya fikir sahaja... hehe

birthday gifts august

mea.. 10th august

ira.. 11th august

Tuesday, August 16, 2011

manual & digital

penuh pancaroba bila nak edit digital. sebabnya tak reti. ala kadar aje. jd inilah hasilnya. sketch dibuat mlm td.. sambil dikacau iyaas. mata mula layu saat nak buat shadow stroke. dan.. tangan model hilang ke mana? hilang dlm imaginasi.. nak sangat main-main dgn editing photoshop.. tampal sekali dgn gambar model. setakat ni je lah termampu. 
mimi, 15/8/11

Monday, August 15, 2011

maher zain (versi MS Paint)

21/12/2010
walaupun mungkin salah illustrasi Maher Zain ini, saya tetap sgt chenta dgnnya.
InsyaAllah. Alhamdulillah. Allahu akbar :)
p/s: konon aje watermark tu. saja cuba-cuba.

melukis menggunakan 'mouse'

seperti yg tertera pd gambar dari album Facebook ni, lebih kurang 8 bulan lepas (yakni penghujung 2010), tetikus (mouse) saya menjadi pelukis. kanvasnya cuma MS Paint. kemudian saya kembali sibuk dan mouse saya sudah sangat jarang melukis. namun, bermula sejak 8 bulan lepas inilah, saya berfikir panjang.. untuk belajar melukis dgn lebih serius tapi tidaklah fulltime. hehe.

baru ada 1 follower

macammana nak ada follower banyak kalau sepanjang hujung minggu jari jemari tak dipanaskan enjinnya..?

Saturday, August 13, 2011

maktio zawawi

lukisan pertama yg di upload masuk ke galeri ini :)
apa lagi cerita tetang lukisan ini ye..? hmm.. lukisan karikatur ni cuma sebahagian latihan saya. empunya diri sangat suka. saya harap satu hari nanti bila lebih yakin, kak zaza akan lukis semula ye karikatur ati (maktio zawawi)..

Thursday, August 11, 2011

imported entries

blog ini secara jujurnya dibuka pada 12 Ogos 2011. namun lukisan-lukisan ini bermula pada penghujung Mei 2011 dan sebahagiannya telah saya letakkan di blog saya yg pertama. oleh yg demikian, entri-entri yg bertarikh sebelum tarikh ini merupakan catatan dari blog tersebut..

Monday, August 1, 2011

doodle trading

baru-baru ni (sebelum bermula puasa) sifu ET telah mencadangkan pd saya utk bertukar-tukar 'doodle'. doodle tu apa? mengikut tafsiran saya doodle bermaksud: conteng./ lukisan/ sketch.. pada mulanya saya tak begitu faham kenapa pula.. apa tujuannya.. lama saya fikir kenapa nak bertukar-tukar... kemudian baru saya dapat jawapannya.. rupanya, dgn cara ni antaranya kita dpt memperkenalkan rakan pelukis yg lain disamping menghiburkan hati masing-masing dan sesiapa saja. hehe.

jadi menggunakan Paint.Ink (serta mouse) saya pun lukislah bersempena tgh malamnya kena kejutkan anak-anak bersahur.. inilah bayangan saya...

komen sifu ET di facebook beliau: Yes!! The 1st DT (Doodle Trade) received from Zatur Rawihah Kz. This is so simple YET so adorable and fun looking characters. I love it. Thanks Zaa.


sebagai balasan ET:  From me to Zatur Rawihah KzA 'sleepy' doodle too. hahahaa

silalah ke blog sifu ET utk lihat komen di blognya :) karya-karya sifu ET mmg terbaik. pelukis berkategori ibu-ibu seni kreatif!

my sketch on 16.7.2011



Dlm blog Emila Yusof ada ruangan 'Sketching Time' untuk berkongsi sketches dgn Emila Yusof. Jadi, kat sini saya nak berkongsi lukisan 'pengantin baru', sepupu saya Jek dan Dr. Asiah.  Cuma menggunakan pensel 2B.
foto dari Facebook
masih banyak perlu berlatih. saya amatur yg baru bermula  :)