Wednesday, November 30, 2011

Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul Gunakan Bahasa Melayu Dengan Betul oleh Emila Yusof. Sebenarnya dah lama kononnya saya bermula. Kadang-kadang tak menjadi juga penulisan Bahasa Melayu (BM) yang betul. Untuk menulis dalam BM yang baik, sepatutnya kita kena rajin membaca bahan yang ditulis dalam BM yg mantap. Sekadar berkongsi :)

Thursday, November 24, 2011

ilustrator amatur ..?

Alhamdulillah.. Siap juga akhirnya cabaran tugasan 'cari pasal' yg saya sambut dari Dr Ailin (audiologist) doktor di fakulti saya. Saya perlu lukis dan edit lebih kurang 20 gambar berkaitan telinga dan sistem pendengaran manusia utk buku yg bertajuk "Human Physiology- The Special Senses". Tugasan ini bermula sejak bulan Ogos (bulan puasa). Agak tertekan juga sebab inilah kali pertama diberikan kepercayaan dlm bidang melukis ni. Saya tak pernah ada asas melukis pun. Apa lagi menggunakan software.

Allahu Akbar.. Kekuatan dan pertolongan dari-Nya dtg pada saat-saat akhir dateline... Dapat berguru dan bantuan dari org-org grafik. Alhamdulilah syukur sgt. Terima kasih byk buat Dr Ailin, Dr Lela selaku boss saya yg memberi lampu hijau utk saya buat kerja extra ni.. Nurul Grafik, Zamir Grafik, Bro. Azmi (untuk fotog), Bro. Nizam (model pesakit), dan Dr Dadly Noor (model Dr). Buat suamiku yg sgt memahami dan memberi sokongan.. Kawan-kawan yg memberi dorongan dgn kata-kata positif saat-saat hati merasa sukar. Alhamdulillah. (panjangnya penghargaan mcmla buku tu saya punya..heheh)

Istimewa.. ianya pengalaman kali pertama.. Nak sahut lagi tak cabaran kedua..? InsyaAllah, mungkin akan ada kelapangan satu masa nanti :)

sebahagian ilustrasinya.. (copyright)




Wednesday, November 23, 2011

impian

tutup mata, tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan.. fikirkan apa yg ingin anda lakukan, yg dpt menggembirakan orang dan anda lakukannya dgn rela hati.. ceria, gembira... bahagia....

Tuesday, November 22, 2011

AUUUMMMM

tak pernah lagi saya menonton aksi perlawanan antara MAS dan negara lain segementar malam tadi.. kemenangan kita buat hati sgt teruja... di radio, FB semua memperkatakan tentang... rimau sudah telan garuda.. jadi inilah versi saya
(mouse dan Paint lagi..hehe)