Thursday, November 24, 2011

ilustrator amatur ..?

Alhamdulillah.. Siap juga akhirnya cabaran tugasan 'cari pasal' yg saya sambut dari Dr Ailin (audiologist) doktor di fakulti saya. Saya perlu lukis dan edit lebih kurang 20 gambar berkaitan telinga dan sistem pendengaran manusia utk buku yg bertajuk "Human Physiology- The Special Senses". Tugasan ini bermula sejak bulan Ogos (bulan puasa). Agak tertekan juga sebab inilah kali pertama diberikan kepercayaan dlm bidang melukis ni. Saya tak pernah ada asas melukis pun. Apa lagi menggunakan software.

Allahu Akbar.. Kekuatan dan pertolongan dari-Nya dtg pada saat-saat akhir dateline... Dapat berguru dan bantuan dari org-org grafik. Alhamdulilah syukur sgt. Terima kasih byk buat Dr Ailin, Dr Lela selaku boss saya yg memberi lampu hijau utk saya buat kerja extra ni.. Nurul Grafik, Zamir Grafik, Bro. Azmi (untuk fotog), Bro. Nizam (model pesakit), dan Dr Dadly Noor (model Dr). Buat suamiku yg sgt memahami dan memberi sokongan.. Kawan-kawan yg memberi dorongan dgn kata-kata positif saat-saat hati merasa sukar. Alhamdulillah. (panjangnya penghargaan mcmla buku tu saya punya..heheh)

Istimewa.. ianya pengalaman kali pertama.. Nak sahut lagi tak cabaran kedua..? InsyaAllah, mungkin akan ada kelapangan satu masa nanti :)

sebahagian ilustrasinya.. (copyright)




No comments:

Post a Comment