Thursday, December 22, 2011

"ilmu yg dimanfaatkan"

saya berhasrat utk menjadikan pondok maya ini sebagai tempat perkongsian ilmu melukis. InsyaAllah. sedikit dikongsi sedikit..

photoshopping

mencuba.. dgn teknik asas yg diajarkan ilustrator ana muslim :D
belum mula lagi... hehe

Friday, December 16, 2011

"1 pagi"

Saya membawakan gambar ini untuk kelas oil pastel bersama Puan Tuti 2 malam yg lepas. Walau bagaimanapun, 'homework' ini baru je dapat disiapkan td (hari ni Jumaat.. saya bercuti!).

- oil pastel sebelum 'fixed'- tak tahu macamana nak buangkan 'crumbs'.




Friday, December 9, 2011

artis mama

ihsan blog Tinta Art Class

ihsan blog Tinta Art Class

Sila ke blog Tinta Art Class Teacher Tuti.

Terima kasih kerana buat Mama rasa bahagia sangat. hehe


hanan

hasif


Pakej cuti sekolah (Tinta Art Class)

Pendaftaran: RM30
Yuran aktiviti (seminggu) : RM80
Kelas Isnin-Khamis: 12-2pm
Jumaat: 10am-12pm

'power tested'

Salam.

Alhamdulillah. Pagi ini begitu bersemangat sekali saya rasakan. Agak saya mungkin kerana malam tadi saya telah dicerahkan oleh mahaguru seni di kelas Tinta Art. Ya.. saya dengan rasminya menjadi anak murid kepada Puan Tuti Malinda, guru seni dari Kuantan.

Pada mulanya, saya bercadang untuk belajar 'water colour'. Bermula dari teknik paling asas. Saya sebenarnya agak kekok dan takut-takut dengan berus dan warna dan air. Rasanya memang 'tak berapa nampak' bahagian seni yang patut saya curahkan di atas kertas latihan malam tadi. Ini hasilnya yang tak seberapa..

cikgu kata CANTIK saya kata YE KE CANTIK? (tak nampak...)

Kelas individu kami bermula jam 8.30-10.30 malam. Di penghujung kelas, saya menyuarakan persoalan saya.. Bagaimana nak melukis seperti dalam buku Emila Yusof: My Mother's Garden... Saya mula bercerita kepada Puan Tuti minat saya dalam menghasilkan lukisan seperti Emila Yusof dan saya tunjukkan buku-buku sketch saya yang amat 'innocent' itu, Barulah guru saya jelas dan berkata kepada saya.. "ZAZA.. SAYA DAH TAHU JIWA AWAK DI MANA.." haaaa.. dan dalam hati saya "YAAA.. SAYA DAH JUMPA ORANG YANG BOLEH BERITAHU SAYA, DI MANA SAYA SEBENARNYA"

Lalu Puan Tuti pun mencadangkan.... "Kita tak payahlah buat water colour.. Lebih baik kita cuba 'acrylic' atau 'oil pastel'. Itulah yang sesuai dgn 'style' Zaza". Saya tersengih saja. Memanglah rupanya saya ni betul-betul tak nampak.. Dan saya fikir water colour itu medium permulaan utk belajar seni. Rupanya bukan begitu.

Jadi, bermula kelas kedua nanti, kami akan cuba dgn medium jiwa saya.. Saya kenalah beli lagi peralatan untuk itu.. Acrylic..? Mungkin 'pinjam' Puan Tuti punya.. atau tengoklah nanti macamana..  :P

Kononnya malam tadi dah TEST POWER dan tahu di mana STRENGTH nya.. InsyaAllah saya pasti akan dapat pencerahan :)

Pendaftaran: RM30
Yuran: RM100





Monday, December 5, 2011

Disember

Tengkujuh di pantai timur setiap hujung tahun sentiasa membangkitkan rasa rindu saya pada masa lalu..
Apa pula kenangan tengkujuh kali ini..?
Saya merancang untuk ke kelas water color (kelas persendirian) di Tintaart, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.. bersama Cikgu Tuti. InsyaAllah.. Teramat mahu mewarna ilustrasi ini dgn cat air..

p/s: Hari ini (5/12/11) Hanan dan Hasif akan mengikuti kelas melukis di tempat yg sama. Pakej cuti sekolah yg berlangsung seminggu (dari jam 12-2pm). Mama harap semua akan seronok :)