Friday, December 9, 2011

'power tested'

Salam.

Alhamdulillah. Pagi ini begitu bersemangat sekali saya rasakan. Agak saya mungkin kerana malam tadi saya telah dicerahkan oleh mahaguru seni di kelas Tinta Art. Ya.. saya dengan rasminya menjadi anak murid kepada Puan Tuti Malinda, guru seni dari Kuantan.

Pada mulanya, saya bercadang untuk belajar 'water colour'. Bermula dari teknik paling asas. Saya sebenarnya agak kekok dan takut-takut dengan berus dan warna dan air. Rasanya memang 'tak berapa nampak' bahagian seni yang patut saya curahkan di atas kertas latihan malam tadi. Ini hasilnya yang tak seberapa..

cikgu kata CANTIK saya kata YE KE CANTIK? (tak nampak...)

Kelas individu kami bermula jam 8.30-10.30 malam. Di penghujung kelas, saya menyuarakan persoalan saya.. Bagaimana nak melukis seperti dalam buku Emila Yusof: My Mother's Garden... Saya mula bercerita kepada Puan Tuti minat saya dalam menghasilkan lukisan seperti Emila Yusof dan saya tunjukkan buku-buku sketch saya yang amat 'innocent' itu, Barulah guru saya jelas dan berkata kepada saya.. "ZAZA.. SAYA DAH TAHU JIWA AWAK DI MANA.." haaaa.. dan dalam hati saya "YAAA.. SAYA DAH JUMPA ORANG YANG BOLEH BERITAHU SAYA, DI MANA SAYA SEBENARNYA"

Lalu Puan Tuti pun mencadangkan.... "Kita tak payahlah buat water colour.. Lebih baik kita cuba 'acrylic' atau 'oil pastel'. Itulah yang sesuai dgn 'style' Zaza". Saya tersengih saja. Memanglah rupanya saya ni betul-betul tak nampak.. Dan saya fikir water colour itu medium permulaan utk belajar seni. Rupanya bukan begitu.

Jadi, bermula kelas kedua nanti, kami akan cuba dgn medium jiwa saya.. Saya kenalah beli lagi peralatan untuk itu.. Acrylic..? Mungkin 'pinjam' Puan Tuti punya.. atau tengoklah nanti macamana..  :P

Kononnya malam tadi dah TEST POWER dan tahu di mana STRENGTH nya.. InsyaAllah saya pasti akan dapat pencerahan :)

Pendaftaran: RM30
Yuran: RM100





No comments:

Post a Comment