Sudah sekian lama saya nak sangat menonton dan menyelami filem-filem anime genre fantasi dari Studio Ghibli (karya Hayao Miyazaki, Jepun). Kali pertama saya mengenali filem beliau, adalah selepas membaca ulasan filem dari akhbar (rasanya) kemudian pada tahun 2002 saya telah membeli 1 VCD
Spirited Away cetak rompak . Waktu tu sedang menganggur dan mengandungkan anak sulung, Hanan.
Pada tahun 2005, kawan pejabat saya yang kaki anime juga (kini sudah menjadi Puan), meng-
update saya dengan filem-filem lain karya Miyazaki tapi waktu itu saya ketiadaan masa untuk mencari filem-filem dari Studio Ghibli. (VCD itu kemudiannya saya hadiahkan kepada beliau). Pada tahun lepas 2011, saya terjumpa VCD Spirited Away asli sewaktu 'membujang seketika' di Alamanda Putrajaya. Oleh kerana harganya sangat murah, saya pun membeli lagi untuk kali kedua sebagai hadiah untuk 4 orang anak-anakku.
Yang menariknya tahun ini (Februari 2012), Disney channel menayangkan beberapa filem Miyazaki (Ghibli) dan sememangnya saya tak mahu melepaskan peluang untuk menonton bersama '
housemates kecil' saya.
yippe!
Spirited Away dan
Howl's Moving Castle merupakan filem yang membawa kita semua ke alam lain. Saya terlalu menjiwai watak-watak mereka sehinggakan saya berasa pernah turut berada di sana.. hehe.