Tuesday, May 29, 2012

Rania of Melbourne

Setibanya di lapangan terbang antarabangsa Melbourne (Jumaat, 25 Mei), kami sekeluarga dijemput oleh kenalan dari Facebook, En. Nazri dan En. Hadi. Mereka ialah ahli South Eastern Family iaitu warga Malaysia yg belajar atau pasangan pelajar Malaysia di sini. Suhu sejuk 9 darjah Celcius disertai hujan menyambut ketibaan kami pada hari pertama kami di bumi kanggaru ini. Kami di bawa ke rumah Ustaz Rosmizi (dan isteri- Sharifah). Di rumah merekalah kami menginap sementara berjaya mendapatkan rumah sewa.

Ustaz dan Sharifah mempunyai 3 orang cahaya mata- Rania (5), Aisar (3) dan Baby Aasif (6 bulan). Bersyukurnya ditemukan dengan komuniti Melayu Malaysia. Semuanya perancangan Allah. Segala kerisauan sewaktu di Kuantan hilang. Kejutan suhu yang amat sejuk pun diatasi dgn kehangatan ukhuwah yang baru terjalin.

Pada hari ke-3 (Ahad, 27 Mei), kami berkenalan beberapa keluarga SE (Kak Asreene, Kak Anilawati + En. Nazri, Kak Norzila + En. Mat, Kak Azlina +  En. Iwan). Setengah hari bertaaruf, bermacam cadangan dari kaum ibu untuk saya sebagai memanfaatkan masa di Melbourne ini. Antaranya menjadi guru seni untuk anak mereka.. Tak pernah pula terlintas di fikiran saya malah saya fikir saya yang perlu berguru sebenarnya :)

Pertemuan yg penuh kemesraan ini diharapkan berkekalan dan mengubati rindu kami dengan keluarga dan sahabat-sahabat di Malaysia yang jauh di mata...
Belakang rumah Ustaz Mizi (lebih kurang waktu Asar)

Snacking in the kitchen

Rania dalam pelat 'engwish': "dwor mee horse. i wike horses". "Ok let aunty draw you the pony".

"Rania & Little Pony". Comel tak Rania warna... :)

Iman dan Rania. Gembiranya..

Sunday, May 27, 2012

greetings from aussie ;P

Lama tak update blog kerana dilanda 'kerisauan' terhadap kelulusan visa. Sejak bulan Februari kami sekeluarga menantikan tarikh visa untuk penghijrahan sementara ke Australia. Suami saya akan mengikuti kursus sub-kepakaran di Monash Medical Centre (MMC), Clayton. Alhamdulillah, 2 minggu yg lalu, beliau telah dihubungi oleh MMC dan diberitahu tentang disegerakan urusan visa supaya sempat bertemu dgn supervisor.

Kami berangkat dari Kuantan ke Melbourne pada 25hb Mei 2012 dan selamat tiba pagi 26hb Mei 2012. Hadiah ulangtahun perkahwinan ke-10. Meraikannya bersama 4 orang anak-anak di perantauan.


Saturday, May 26, 2012

17 Mei 2012 - majlis pra-perpisahan

Biar gambar yang menceritakan segalanya..
Di saat jiwa sedang hangat dan penuh dengan idea 'artwork', kami harus segera berpindah keluar dari Kuantan. Selamat tinggal Tinta Artclass, Puan Tuti dan kawan-kawan..

Kak Wawa.... Giliran Kak Wawa pula ditinggalkan.


Adik MNI pun sudah meninggalkan kelas :-( Namun kelas ini pasti akan masih berseri walaupun tanpa kami

Bunga Lawang Azura

Syafiq

Rak alatan melukis...

Biri-biri yang tak sempat saya lihat bingkainya.. (bukan bangkai). Ini hasil kerja yang ke-3 dan  yang terakhir.. Cikgu, saya ingin kembali ke kelas tahun depan 2013