Art class Cikgu Tuti:-
Hari Selasa dan Khamis,
8.00 pm - 10.00 pm (2jam)
Seminggu;
(2 x 2jam = 4 jam)
Sebulan
(~4 x 4 jam = ~16 jam)
Wednesday, March 21, 2012
Tuesday, March 20, 2012
rindu classmate
Wednesday, February 29, 2012
mini kanvas 1
![]() |
| sebelum 'touch-up' |
![]() |
| selepas 'touch-up' sedikit |
![]() |
| 'Artwork' makcik bersama 'artwork' adik-adik |
![]() |
| Cikgu Tuti sedang membantu Adik Safurah teknik berus atas kanvas (akrilik). Kanvas atas 'easel'. Easel made easy. Nak jugak... |
Thursday, February 23, 2012
selingan: anime
Sudah sekian lama saya nak sangat menonton dan menyelami filem-filem anime genre fantasi dari Studio Ghibli (karya Hayao Miyazaki, Jepun). Kali pertama saya mengenali filem beliau, adalah selepas membaca ulasan filem dari akhbar (rasanya) kemudian pada tahun 2002 saya telah membeli 1 VCD Spirited Away
Pada tahun 2005, kawan pejabat saya yang kaki anime juga (kini sudah menjadi Puan), meng-update saya dengan filem-filem lain karya Miyazaki tapi waktu itu saya ketiadaan masa untuk mencari filem-filem dari Studio Ghibli. (VCD itu kemudiannya saya hadiahkan kepada beliau). Pada tahun lepas 2011, saya terjumpa VCD Spirited Away asli sewaktu 'membujang seketika' di Alamanda Putrajaya. Oleh kerana harganya sangat murah, saya pun membeli lagi untuk kali kedua sebagai hadiah untuk 4 orang anak-anakku.
Yang menariknya tahun ini (Februari 2012), Disney channel menayangkan beberapa filem Miyazaki (Ghibli) dan sememangnya saya tak mahu melepaskan peluang untuk menonton bersama 'housemates kecil' saya. yippe! Spirited Away dan Howl's Moving Castle merupakan filem yang membawa kita semua ke alam lain. Saya terlalu menjiwai watak-watak mereka sehinggakan saya berasa pernah turut berada di sana.. hehe.
Sunday, February 19, 2012
my classmates
![]() |
| adik-adik kecil ni dari Kemaman. sanggup dtg dari jauh utk belajar seni dari Pn. Tuti |
![]() |
| Kak Wawa (*_* tahun) dan Syafiq (16 tahun). keduanya sedang berlatih melukis menggunakan pensel |
![]() |
| adik-adik ni calon SPM. baju purple namanya Iman. kawan dia tu terlupa pula namanya. |
![]() |
| adik Mu'az dgn projek kotak kasut bertemakan hidupan laut |
![]() |
| calon SPM juga ni. namanya sudah tertera pd folio |
Sunday, February 12, 2012
mengecat kanvas
Belum siap lagi. Dalam pembikinan.
Saya masih belum dapat mencapai keyakinan yang tinggi dalam merancang warna untuk projek kecil-kecilan ni.
Malam tadi, saya terpijak lebah sesat. Itu wajah saya selepas baru disengat. hehe.
Akan kembali lagi.
![]() |
| lapisan pertama 'emulsion'- cat putih |
![]() |
| kawan sekelas saya- Kak Wawa |
![]() |
| Cikgu Tuti dan saya |
![]() |
| inilah kelas kami. murid tua cuma saya dan kak wawa |
Subscribe to:
Posts (Atom)
















