Wednesday, August 8, 2012

Sudah hampir ke penghujung musim sejuk dan Ramadhan 1433

Lama betul tidak mengemaskini blog. Sibuknya 'winter' dgn aktiviti memasak ;) 

"Ratatouille"

'Artwork' anak-anak semakin bertambah, cuma belum ada peralatan utk memuat naik karya-karya tersebut. Iman makin mahir melukis. Orang lidi Iman dah pun 'upgrade' dgn berpakaian.. Lukisan manga Hanan pun semakin kemas. Hasif dgn kereta. Sekarang nampaknya sudah berjinak-jinak dgn pandangan 3-D. Iyaas pula berjinak-jinak dgn pensel dan kertas ketika yg lain sibuk melukis.. Kebanyakan masanya Iyaas lebih suka melayan 'Angry Birds'!

Macamana lagi nak 'update' blog ini. Mungkin sekali sekala boleh saya letakkan gambar hasil seni masakan..?

salam Ramadhan Kareem, semoga kita semua berpeluang menggandakan amal ibadat pada 10 malam terakhir. 

Wednesday, June 13, 2012

antara kertas dan makanan

Dilema di musim sejuk begini ialah kelaparan. Dilema 'bercuti yang panjang dari bersekolah' seperti anak-anak di rumah ini ialah kebosanan. Buat masa ini, keutamaan sewaktu berbelanja ialah makanan. Bekalan bahan dan alatan melukis pula tak banyak yang di bawa dari Malaysia. Oleh itu, apa sahaja kertas yang kosong, dikira 'kanvas' untuk anak-anak. Kotak bijirin, kertas bungkusan, buat masa ini tidak dibuang sesuka hati. Bertahanlah sementara masuk sekolah. Iman Husna terutamanya, sudah tidak sabar-sabar hendak ke sekolah. Keutamaan untuk Mama pula ialah masak dan memasak. Mereka perlukan aktiviti bersama-sama! Harap mereka akan dapat ke sekolah dalam masa beberapa hari lagi. Ya Allah, permudahkanlah..

Friday, June 8, 2012

44 Glenbrook Ave, Clayton

"Home Sweet Home"

Hanan sedang melukis helaian daun maple terakhir dari laman rumah

Hasil lukisan Nurhanan Safiya

Rindu MyVi Malaysia.. Oleh Hasif

Rindu pada sekolah??.. Musykil Mama..

Alhamdulillah, akhirnya kami selamat berpindah masuk ke rumah baru yang agak lama di Clayton, pada 2 Jun 2012. Lantainya kayu menjadikan rumah sewa ini agak sejuk di musim dingin ini. Kebetulan pula terdapat masalah dengan alat pemanas. Kesejukanlah kami di malam pertama di sini. Sehinggalah tadi seorang juruteknik datang untuk memeriksa pemanas itu. Alhamdulillah.. Walaupun cuma satu 'heater' yang pulih,  InsyaAllah malam nanti dapatlah tidur nyenyak dan bangun pagi tanpa rasa lenguh-lenguh sendi yang membeku...

Yang bersekolah masih bercuti.. Kebosanan di siang hari yang pendek kadangkala diisi dengan melukis tanpa warna.  Hanan dan Hasif masih belum begitu seronok lagi dengan mewarna. Saya masih lagi mencari-cari masa untuk mewarna bersama mereka...


Suhu sekarang: ~11°.. hujan rintik (drizzle)
Sejuk=Lapar=Makan=Selimut=Tidur=Hibernasi=Lemak... :)

Tuesday, May 29, 2012

Rania of Melbourne

Setibanya di lapangan terbang antarabangsa Melbourne (Jumaat, 25 Mei), kami sekeluarga dijemput oleh kenalan dari Facebook, En. Nazri dan En. Hadi. Mereka ialah ahli South Eastern Family iaitu warga Malaysia yg belajar atau pasangan pelajar Malaysia di sini. Suhu sejuk 9 darjah Celcius disertai hujan menyambut ketibaan kami pada hari pertama kami di bumi kanggaru ini. Kami di bawa ke rumah Ustaz Rosmizi (dan isteri- Sharifah). Di rumah merekalah kami menginap sementara berjaya mendapatkan rumah sewa.

Ustaz dan Sharifah mempunyai 3 orang cahaya mata- Rania (5), Aisar (3) dan Baby Aasif (6 bulan). Bersyukurnya ditemukan dengan komuniti Melayu Malaysia. Semuanya perancangan Allah. Segala kerisauan sewaktu di Kuantan hilang. Kejutan suhu yang amat sejuk pun diatasi dgn kehangatan ukhuwah yang baru terjalin.

Pada hari ke-3 (Ahad, 27 Mei), kami berkenalan beberapa keluarga SE (Kak Asreene, Kak Anilawati + En. Nazri, Kak Norzila + En. Mat, Kak Azlina +  En. Iwan). Setengah hari bertaaruf, bermacam cadangan dari kaum ibu untuk saya sebagai memanfaatkan masa di Melbourne ini. Antaranya menjadi guru seni untuk anak mereka.. Tak pernah pula terlintas di fikiran saya malah saya fikir saya yang perlu berguru sebenarnya :)

Pertemuan yg penuh kemesraan ini diharapkan berkekalan dan mengubati rindu kami dengan keluarga dan sahabat-sahabat di Malaysia yang jauh di mata...
Belakang rumah Ustaz Mizi (lebih kurang waktu Asar)

Snacking in the kitchen

Rania dalam pelat 'engwish': "dwor mee horse. i wike horses". "Ok let aunty draw you the pony".

"Rania & Little Pony". Comel tak Rania warna... :)

Iman dan Rania. Gembiranya..

Sunday, May 27, 2012

greetings from aussie ;P

Lama tak update blog kerana dilanda 'kerisauan' terhadap kelulusan visa. Sejak bulan Februari kami sekeluarga menantikan tarikh visa untuk penghijrahan sementara ke Australia. Suami saya akan mengikuti kursus sub-kepakaran di Monash Medical Centre (MMC), Clayton. Alhamdulillah, 2 minggu yg lalu, beliau telah dihubungi oleh MMC dan diberitahu tentang disegerakan urusan visa supaya sempat bertemu dgn supervisor.

Kami berangkat dari Kuantan ke Melbourne pada 25hb Mei 2012 dan selamat tiba pagi 26hb Mei 2012. Hadiah ulangtahun perkahwinan ke-10. Meraikannya bersama 4 orang anak-anak di perantauan.


Saturday, May 26, 2012

17 Mei 2012 - majlis pra-perpisahan

Biar gambar yang menceritakan segalanya..
Di saat jiwa sedang hangat dan penuh dengan idea 'artwork', kami harus segera berpindah keluar dari Kuantan. Selamat tinggal Tinta Artclass, Puan Tuti dan kawan-kawan..

Kak Wawa.... Giliran Kak Wawa pula ditinggalkan.


Adik MNI pun sudah meninggalkan kelas :-( Namun kelas ini pasti akan masih berseri walaupun tanpa kami

Bunga Lawang Azura

Syafiq

Rak alatan melukis...

Biri-biri yang tak sempat saya lihat bingkainya.. (bukan bangkai). Ini hasil kerja yang ke-3 dan  yang terakhir.. Cikgu, saya ingin kembali ke kelas tahun depan 2013

Saturday, April 14, 2012

Tinta Artclass- tusyen seni

Pelajar (calon SPM) yg mengikuti kelas seni Puan Tuti di Tinta setakat ini semuanya mendapat A dan A+ untuk kertas Seni. Puan Tuti akan membantu mereka dalam menyiapkan portfolio seni SPM. Kalaulah tahun 1996 dulu ada tempat sebegini di KB (dan guru sebaik Puan Tuti!), sudah tentu saya akan ambil kertas seni SPM dan mendapat A1 :)

Tidak pernah saya merasa terlewat untuk belajar. Banyak ilmu yg didapati di sini. Ketika Puan Tuti mengajar adik-adik yg lain, saya akan memasang telinga dan merakam teknik-teknik yg diajarkan. Selain calon SPM, ada juga adik-adik lepasan SPM yg ingin mengumpul folio seni untuk kemasukan ke IPT di bidang grafik dan seni. Puan Tuti begitu komited dalam membantu mereka. Saya harap adik-adik ini akan sentiasa menghargai guru seni Puan Tuti bila dah berjaya nanti!

Bersyukurnya makcik... Alhamdulillah

Friday, April 13, 2012

Teddy dan 'mounting board' polkadot

Saya memilih riben polkadot sebagai penyeri 'mounting board' artwork ini

Sebelum ditampal pada mounting board, lukisan mestilah disudahkan dgn  'fixing spray' ni. Ianya adalah kemasan yang  memelihara cat serta memberikan kesan berkilat. Warna kelihatan lebih bermaya.

Lakukan kerja ini di pengudaraan terbuka 

Riben ditampalkan menggunakan gam PVC  PVA. Inilah hasilnya.
Apakah itu 'mounting board'?

Sejenis kertas keras dengan ketebalan 2mm. Di dalam artwork ini, ianya digunakan sebagai pelekap. Oleh itu apabila dibingkaikan, artwork akan lebih kemas dan lebih cantik.

Wednesday, April 11, 2012

happy 36th anniversary Ayah ♥ Ibu

Biasanya mudah lupa akan tarikh ulangtahun perkahwinan berbanding hari lahir. 10 April adalah tarikh ulangtahun perkahwinan kedua ibubapa saya. Hari ini juga hari jadi ibu mertuaku. Ini sahaja yg mampu dihasilkan menggunakan apa yg ada di rumah :)

semasa mencari ilham

setakat ini sahaja ilhamnya kerana kesuntukan masa
Keempat-empat cap tapak tangan ini adalah milik buah hati saya. Lukisan ini bermaksud mereka lahir bersama kasih sayang nenek dan datuk mereka serta ahli keluarga yg lain :)

Friday, April 6, 2012

Goodbye Teddy ♥

Teddy yg ditinggalkan
Sudah siap warna cuma belum 'mounting' lagi :)
Agak-agak ada tak orang nak beli sekiranya saya dah bingkaikan dgn warna 'baby blue'..?

Wednesday, April 4, 2012

Mencari Nur Ilahi

bukan mudah nak siapkan kanvas sebesar ini.. tahniah buat MNI di atas kejayaan ini!

Bila melihat kepada gaya lukisan ini, ia mengingatkan saya dengan pemandangan yg ada dalam setiap filem Hayao Miyazaki. Sangat indah :)

Thursday, March 22, 2012

muat naik muatan

Berat. Ambil masa sebulan nak muat naik foto untuk entri kali ini :) Sibuk dgn rumahtangga dan berjalan-jalan dengannya.

Ok..inilah final touch semasa meng-fix kan kanvas ini.

Selepas berbulan-bulan (sebenarnya berjam-jam lamanya) menyudahkannya. Kurang berpuas hati dengan initial itu..
 

Meja saya

"Matte sealer" yang digunakan sebagai lapisan pemelihara warna cat akrilik. Ianya water based dan tidak berminyak.

Bahan ini dicampur dengan sedikit air dan disapu pada kanvas yg sudah siap dicat menggunakan berus lembut dan bersih
Saya akan kembali dengan langkah demi langkah artwork ini InsyaAllah.

Wednesday, March 21, 2012

Art class Cikgu Tuti:-

Hari Selasa dan Khamis,
8.00 pm - 10.00 pm (2jam)

Seminggu;
(2 x 2jam = 4 jam)

Sebulan
(~4 x 4 jam = ~16 jam)

Tuesday, March 20, 2012

rindu classmate

Bermula minggu ini, kelas kami agak sunyi tanpa Kak Wawa. Saya harap masa akan berlalu dengan pantas dan menantikan Kak Wawa kembali ke kelas kami :(
Kak Wawa bersama lukisan penselnya yang hebat.
Take care dear Sis..

Wednesday, February 29, 2012

mini kanvas 1

sebelum 'touch-up' 


selepas 'touch-up' sedikit 

'Artwork' makcik bersama 'artwork' adik-adik
Cikgu Tuti sedang membantu Adik Safurah teknik berus atas kanvas (akrilik). Kanvas atas 'easel'. Easel made easy. Nak jugak...
Setiap kali berada di kelas Cikgu Tuti bersama kawan-kawan kecil dan remaja, saya selalu je membayangkan diri saya berbelas-belas tahun yang lepas di kelas yang sebegini. Kelas tusyen yang hebat..

Thursday, February 23, 2012

selingan: anime


Sudah sekian lama saya nak sangat menonton dan menyelami filem-filem anime genre fantasi dari Studio Ghibli (karya Hayao Miyazaki, Jepun). Kali pertama saya mengenali filem beliau, adalah selepas membaca ulasan filem dari akhbar (rasanya) kemudian pada tahun 2002 saya telah membeli 1 VCD Spirited Away  cetak rompak . Waktu tu sedang menganggur dan mengandungkan anak sulung, Hanan.

Pada tahun 2005, kawan pejabat saya yang kaki anime juga (kini sudah menjadi Puan), meng-update saya dengan filem-filem lain karya Miyazaki tapi waktu itu saya ketiadaan masa untuk mencari filem-filem dari Studio Ghibli. (VCD itu kemudiannya saya hadiahkan kepada beliau). Pada tahun lepas 2011, saya terjumpa VCD Spirited Away asli sewaktu 'membujang seketika' di Alamanda Putrajaya. Oleh kerana harganya sangat murah, saya pun membeli lagi untuk kali kedua sebagai hadiah untuk 4 orang anak-anakku.

Yang menariknya tahun ini (Februari 2012), Disney channel menayangkan beberapa filem Miyazaki (Ghibli) dan sememangnya saya tak mahu melepaskan peluang untuk menonton bersama 'housemates kecil' saya. yippe! Spirited Away dan Howl's Moving Castle merupakan filem yang membawa kita semua ke alam lain. Saya terlalu menjiwai watak-watak mereka sehinggakan saya berasa pernah turut berada di sana.. hehe.

Sunday, February 19, 2012

my classmates

Safura (depan)- remaja yg berbakat besar. dia bekas calon SPM 2011.  saya pula bekas calon SPM 1996. hahaha. Tinta Art Class menerima kanak-kanak dan remaja. kiranya saya (dan Kak Wawa) masih lagi remaja. (berdiri: Pn Tuti)

adik-adik kecil ni dari Kemaman. sanggup dtg dari jauh utk belajar seni dari Pn.  Tuti

Kak Wawa (*_* tahun)  dan Syafiq (16 tahun). keduanya  sedang berlatih melukis menggunakan pensel

adik-adik ni calon SPM. baju purple namanya Iman. kawan dia tu terlupa pula namanya.

adik Mu'az dgn projek kotak kasut bertemakan hidupan laut

calon SPM juga ni. namanya sudah tertera pd  folio
Seronok..!! (tapi saya belum seronok nak upload projek kanvas saya tu.....belum siap lagi)

Sunday, February 12, 2012

mengecat kanvas

Belum siap lagi. Dalam pembikinan.

lapisan pertama 'emulsion'- cat putih 
 Saya masih belum dapat mencapai keyakinan yang tinggi dalam merancang warna untuk projek kecil-kecilan ni.
kawan sekelas saya- Kak Wawa

Cikgu Tuti dan saya
 Malam tadi, saya terpijak lebah sesat. Itu wajah saya selepas baru disengat. hehe.
inilah kelas kami. murid tua cuma saya dan kak wawa
Akan kembali lagi.

Wednesday, January 11, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

-zaza-

Belum ada artwork untuk tahun ni kecuali ini... Ianya belum siap 100%. Masalah nak mengedit.. 

ilustrasi pengantin yg saya terima markahnya yg 1/10 ;)